AL'S HANDMADE CRYSTAL-BEADS JEWELLERY
GELANG KRISTAL ALWANI
By: Alwani Crystal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 28-Jan-2009 09:18 Email | Share | | Bookmark
GELANG KRISTAL PLASTIK / PLASTIC CRYSTAL BRACELET

P07 PURPLE - RM 7.90
P08 BROWN - RM 9.90
P01 BLU - RM 6.90
View all 33 photos...
Gelang-gelang yang dipamerkan adalah diperbuat dari kristal plastik bermutu tinggi. Harga adalah berpatutan iaitu serendah RM 4.90 hingga RM 20.00. Tunggu apa lagi.... buatlah tempahan anda sekarang. Sila lihat cara-cara untuk membuat pesanan.

WE SELL VARIETIES OF HANDMADE ACCESSORIES FOR WOMAN USING CRYSTAL AND PEARL WITH REASONABLE PRICE.
PRICES QUOTED ARE IN MALAYSIAN RINGGIT (RM).
FOR INTERNATIONAL ORDER, PLEASE EMAIL TO alwani91@gmail.com


Tuesday, 27-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
HANDPHONE DANGLING AND BROOCH

HP01 BR+RD - RM 3.90
K01 BLU+GR - RM 5.90


Thursday, 1-Jan-2009 14:24 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT DATANG / WELCOME TO AL'S CRISTAL

WE SELL VARIETIES OF HANDMADE ACCESSORIES FOR WOMAN USING CRYSTAL AND PEARL WITH REASONABLE PRICE.
PRICES QUOTED ARE IN MALAYSIAN RINGGIT (RM).
FOR INTERNATIONAL ORDER, PLEASE EMAIL TO alwani91@gmail.com


KAMI MENJUAL PELBAGAI AKSESORI WANITA BERASASKAN KRISTAL DAN MUTIARA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.

Barangan yang dipamerkan adalah diperbuat dari kristal plastik bermutu tinggi. Ia dibuat dengan penuh teliti dan kualitinya dijamin. Sokongan dan kepercayaan anda terhadap pembuatan barangan yang dipamerkan adalah amat saya hargai. Saya akan cuba memenuhi permintaan anda dengan sebaik mungkin.


Sekiranya anda berminat untuk membeli, apa yang perlu anda lakukan ialah:-

Langkah 1: Tempahan

Anda perlulah membuat tempahan dengan memberikan KOD barangan tersebut kepada saya berserta dengan gambaran ringkas aksesori tersebut (cthnya warna batu, bentuk, ukuran, nama, alamat, nombor telefon dan emel) untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Contoh:

Kod - P07
Warna batu - Purple dan Pink
Ukuran - 18 cm
Nama orang yang memesan :
Alamat penghantaran :
Nombor telefon :
Emel :

Untuk gelang, anda perlulah memberikan ukuran pergelangan tangan anda. Mudah saja, anda ukurlah gelang tangan yang anda pakai dengan menggunakan pembaris dalam ukuran centimeter atau guna tali dan ukur pergelangan anda mengikut kesesuaian longgar yang diperlukan.


Langkah 2: Bayaran deposit

Untuk tempahan dibawah RM 20, anda perlu membayar habis bayaran tersebut sebelum saya menghantar barang. Ini adalah kerana perniagaan internet banyak risikonya. Saya perlu lebih hati-hati kerana banyak kejadian berlaku dimana kebanyakan barangan yang ditempah dan telah disiapkan tidak dibayar oleh penempah barang. Untuk barangan yang berharga RM 20 keatas, anda perlulah memasukkan deposit terlebih dahulu iaitu separuh dari nilai harga barang yang dipesan. Setelah membayar deposit, sila email /sms nombor rujukan transaksinya kepada saya untuk semakan. Nombor akaun bank dan nombor telefon saya :-


Nama : NOR AKMA BINTI MOHD RAZLAN
Maybank : 112101220079
Telefon : 017-5697794 / 017-5050662
Emel : alwani91@gmail.com / akmarazlan@yahoo.com


Langkah 3: Berikan saya masa 1 atau 2 minggu untuk membuat barangan anda

Tidak semua barangan dalam gambar ada dalam simpanan saya. Bahan-bahan perlu dibeli dari pembekal dalam bentuk barangan mentah dan kemudian dibuat atau diikat. Saya akan cuba menyiapkan barang anda secepat yang mungkin.


Langkah 4 : Membuat bayaran penuh

Saya akan menghubungi anda setelah barangan anda telah disiapkan. Oleh itu, anda perlulah membuat pembayaran penuh iaitu baki harga barangan yang telah ditempah setelah ditolak depositnya. Bagi barangan di bawah RM 20, pembayaran penuh hendaklah dibuat sebelum barang dihantar. Setelah membuat pembayaran penuh, sila email /sms saya mengenai transaksi bayaran tersebut untuk semakan.


Langkah 5: Penghantaran (Pos Laju / Pos Ekspress)

Apabila anda telah membuat bayaran penuh, saya akan menghantar tempahan anda melalui pejabat pos. Untuk pengetahuan anda semua harga barang yang dipamerkan masih BELUM dimasukkan kos penghantaran. Untuk barangan yang berharga RM 50 ke atas, ia akan dihantar dengan menggunakan Pos Laju. Pos hari ini dan esok anda akan menerimanya. Manakala barangan yang berharga RM 50 ke bawah akan dihantar menggunakan Pos Ekspress dan ini akan mengambil masa 2-3 hari.

Kos penghantaran Pos Laju - RM 8.00 (West Malaysia)
RM 10.00 (East Malaysia / Brunei Darussalam)

Kos penghantaran Pos Ekspress - RM 3.00


Langkah 6 : Penerimaan barang

Sila maklumkan kepada saya sekiranya anda sudah menerima barangan tempahan anda. Sekiranya anda masih belum menerimanya, saya akan membuat semakan di pejabat pos dan maklumkan statusnya kepada anda.


Langkah 7 : Sekiranya anda berpuas hati.......

Promosilah barangan saya kepada kawan-kawan anda. Luangkan masa anda untuk melayari website saya..insyaallah pasti ada barangan yang terbaru….. Kalau ada barang yang ingin diubah suai boleh juga dihantarkan kepada saya tetapi kos penghantaran adalah di bawah tanggungan sendiri dan saya akan mengenakan kos ubah suai dan kos penghantaran sahaja…dan akhir sekali terima kasih di atas pembelian anda.



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net